Isnin, Disember 27, 2010

Mesyuarat Pengurusan Sekolah dan Selamat Datang

Pada: 27 Desember
Tempat: Bilik Akses, SKFT
Jam: 8.30 pagi.
Terlibat : Barisan pentadbir, guru-guru, dan kakitangan sekolah

Mesyuarat ini membincangkan berkenaan pelantikan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu berpandukan empat bahgian iaitu Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid, dan Kokurikulum.

Disamping itu, selamat datang diucapkan kepada Guru Besar baru iaitu Encik Abdullah bin Endut. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Wakaf Tapai Sebelum ini. Seterusnya seorang lagi guru baru iaitu Ustazah Rahmah binti Abdul Wahab, yang sebelumnya berkhidmat di SK Kuala Berang. Tidak dilupakan, tahniah Cikgu Kadir bin Kurdi kerana telah dilantik sebagai PK Pentdbiran yang baru.

Di sini juga, pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertukar dari sekolah ini. Mereka adalah, Guru Besar: Encik Ahmad Shukri bin Ghaza (SK Wakaf Tapai, Marang), GPK Pentadbiran: Encik Mohd Asri bin Ab Rahman (SK Paya Resak, Marang), dan Ustaz Faizo bin Mat (SK Dusun, Hulu Terengganu). Terima Kasih semua, jasamu tetap dikenang. Semoga berjumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan