Sabtu, September 29, 2012

Perkhemahan Unit Beruniform Kali Ke-12


27 -29 Sept --Bertempat di Tapak Perkhemahan Sk Felda Tersat , telah berlangsung aktiviti perkhemahan kali ke-12. Aktitvi yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh 55 orang pelajar. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai jati diri yang tinggi, berani serta berbudi pekerti mulia untuk diaplikasikan bukan sahaja di bilik darjah, tetapi juga di dalam kehidupan seharian mereka. Program ini dimulakan dengan aktiviti berbasikal yang bermula di Dataran Maziah, Sk Felda Tersat dan berakhir di Belukar Bukit, Hulu Terengganu. 

 






Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada :

 Pegawai Pelajaran Daerah

Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

 Ahli Jawatankuasa PIBG

 Jawatankuasa Induk Perkhemahan

 Jawatankuasa Kerja Perkhemahan

 Jawatankuasa Perasmian Penutup

 Dan Semua yang terlibat dalam menjayakan

Perkhemhan Unit Beruniform SKFT kali ke-12

 





Rabu, September 19, 2012

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN KE-55

 18 September 2012- Bertempat di Dewan Gemilang SKFT, Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 telah berlangsung dengan jayanya. Aturcara majlis bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Majlis di mulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Lagu Negeri, Lagu Sekolah dan Lagu Jalur Gemilang. Ucapan Perasmian telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar En. Soffi b Othman. 























Selasa, September 11, 2012

UPSR 2012

KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN 6 ,SELAMAT MENJAWAB SOALAN UPSR DENGAN JAYANYA. SEMOGA MENDAPAT KEJAYAAN CEMERLANG ATAS USAHA ANDA SELAMA INI....AMIN..


Ahad, September 02, 2012

Sambutan Merdeka Raya Tahun 2012

Assalamualaikum w.b.t

Pada 30 Ogos 2012 bersamaan 12 Syawal 1433H, Sk Felda Tersat telah mengadakan Sambutan Merdeka Raya bertempat di Dewan Gemilang. Upacara sambutan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh nyayian lagu Negaraku, Selamat Sultan, Skft dan Jalur Gemilang. Ucapan kemerdekaan telah disampaikan oleh Guru Besar Sk Felda Tersat En.Mohd Soffi b Othman. Ucapan telah diakhiri dengan laungan kemerdekaan sebanyak tiga kali sebagai simbolik Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55.
















Sekalung penghargaan kepada Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Kelab Guru & Kakitangan SKFT, YDP PIBG, dan semua AJK PIBG, Pengurus & Kakitangan Felda Tersat, dan semua AJK Sambutan Merdeka Raya serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kelancaran majlis yang bermakna ini. 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H
Maaf Zahir Batin