Selasa, November 29, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433 HIJRAH


Hijrah,
Satu pengertian yang mendalam,
Satu erti kehidupan,
Tiada hijrah manusia tenggelam,
Dalam lautan penuh kealpaan.

Khamis, November 10, 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS SEKOLAH






Pada : 10 November 2011 (Khamis)
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Dewan Gemilang, SKFT

MAJLIS PERPISAHAN MURID-MURID TAHUN 6






Pada : 09 November 2011 (Rabu)
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Dewan Gemilang

Khamis, November 03, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua Ummat Islam


Semoga Hari Raya Qurban kali ini memberikan kita seribu satu makna dan keinsafan buat kita. Amin.

Pertukaran Guru-Guru Penolong Kanan, SK Felda Tersat


Terima kasih Cikgu Kadir bin Kurdi (Bekas PK Pentadbiran) kerana telah menyumbangkan jasa cikgu di sekolah ini selama ini. Diharap cikgu sentiasa gembira dan sentiasa bertenaga dalam menyumbangkan bakti di Sekolah Kebangsaan Seri Buluh. Moga kita akan ditemukan lagi dilain kali. Insya Allah.




Seterusnya ucapan Tahniah kepada Cikgu Marzuki bin Ibrahim (Bekas PK Kokurikulum) kerana dilantik menjadi PK Pentadbiran dan meneruskan khidmat di SK Felda Tersat ini. Semoga dengan lantikan ini akan menambahkan lagi semangat cikgu untuk memajukan sekolah ini.



Dan ucapan Selamat Datang serta Tahniah buat PK Kokurikulum baru di SK Felda Tersat ini iaitu Cikgu Assenam bin Daud. Beliau sebelum ini mengajar di SK Matang. Semoga kedatangan cikgu menambahkan keceriaan sekolah ini. Insya Allah.

Isnin, Oktober 03, 2011

Sabtu, Oktober 01, 2011

Berakhirnya Perkhemahan Badan Beruniform SKFT Kali ke-11/2011

Hari ini 01 Oktober 2011 (Sabtu) berakhirlah Perkhemahan Badan Beruniform SKFT Kali ke-11/2011. Perkhemahan ini bermula pada 29 September 2011, dan bertempat di Padang Sekolah SKFT. Perkhemahan ini disertai oleh 72 orang murid. Terdapat 3 Uint Beruniform iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap, dan Puteri Islam. Perasmian penutup oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Sepanjang tempoh perkhemahan ini pelbagai aksi menarik yang dapat disaksikan. Pada perkhemahan ini, para pelajar dikehendaki memasak sendiri makanan mereka, mengikut unit masing-masing. Oleh itu, saksikanlah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang tempoh tersebut :