Ahad, Disember 30, 2012

Kembali ke Sekolah



Bagi warga SK Felda Tersat kami mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan semua murid baru dan lama, Pra Sekolah dan tahun 1 bagi sesi 2013. Jadikan tahun ini lebih cemerlang & melakar sejarah buat kita semua, insyaAllah (^,^).





" BINALAH KEJAYAAN DARIPADA SEGENAP RUANG DAN PELUANG KERANA MASA TIDAK AKAN MENUNGGU KITA"

Selasa, November 06, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Murid 2012

Pada 5 Nov 2012 bertempat di Dewan Gemilang, Sk Felda Tersat telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan Murid 2012. Aturcara majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. 

Ketibaan PPPD dan Pengurus Felda
Antara tetamu yang hadir


Majlis telah dihadiri oleh En. Jalaluddin bin Ismail  selaku  Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, En. Zainal bin Jenoh selaku  Pengurus Felda Tersat, En. Taib b Mamat selaku Pengerusi JKKK, Guru-guru dan Kakitangan SKFT serta semua murid. 



Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Tuann Hj Ubadillah bin Ibrahim. Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar SKFT, En. Soffi bin Othman dan upacara perasmian oleh Tuan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

Cenderahati Prasekolah
Hadiah Murid
Antara kategori anugerah yang telah disampaikan adalah :
1. Kedudukan Terbaik Dalam Kelas (1-3)
2. Markah Terbaik Matapelajaran
3. Straight A' Matapelajaran Teras
4. Kedudukan Terbaik PAFA (1-3)
5.Kehadiran Penuh
6. Program NILAM
7. Khatam Al-Quran
8. Cemerlang UPKK (8A)
9. Terbaik Kurikulum
10. Terbaik Kokurikulum
11. Terbaik Sahsiah

Nyayian Lagu Negaraku
Ucapan Tuan Guru Besar SKFT
Ucapan Tuan PPPD Hulu Terengganu
   

   


Pihak Sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang 
terlibat dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid 2012.
Sekian..

Sabtu, September 29, 2012

Perkhemahan Unit Beruniform Kali Ke-12


27 -29 Sept --Bertempat di Tapak Perkhemahan Sk Felda Tersat , telah berlangsung aktiviti perkhemahan kali ke-12. Aktitvi yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh 55 orang pelajar. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai jati diri yang tinggi, berani serta berbudi pekerti mulia untuk diaplikasikan bukan sahaja di bilik darjah, tetapi juga di dalam kehidupan seharian mereka. Program ini dimulakan dengan aktiviti berbasikal yang bermula di Dataran Maziah, Sk Felda Tersat dan berakhir di Belukar Bukit, Hulu Terengganu. 

 






Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada :

 Pegawai Pelajaran Daerah

Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

 Ahli Jawatankuasa PIBG

 Jawatankuasa Induk Perkhemahan

 Jawatankuasa Kerja Perkhemahan

 Jawatankuasa Perasmian Penutup

 Dan Semua yang terlibat dalam menjayakan

Perkhemhan Unit Beruniform SKFT kali ke-12

 





Rabu, September 19, 2012

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN KE-55

 18 September 2012- Bertempat di Dewan Gemilang SKFT, Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 telah berlangsung dengan jayanya. Aturcara majlis bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Majlis di mulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Lagu Negeri, Lagu Sekolah dan Lagu Jalur Gemilang. Ucapan Perasmian telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar En. Soffi b Othman.