Selasa, Mei 29, 2012

Cuti Pertengahan Penggal Tahun




Kami warga Sekolah Kebangsaan Felda Tersat  mengucapkan selamat bercuti kepada warga pendidik dan murid-murid. Cuti pertengahan penggal tahun bermula pada 25/5/2012 - 9/6/2012
Semoga masa yang terluang ini digunakan dengan sebaik-baiknya.

Rabu, Mei 16, 2012

KEM UPSR SKFT 2012

Bertempat di Dahimah's Guest House, Dungun, Terengganu. Bertarikh 10 hingga 12 Mei 2012 (Khamis hingga Sabtu) dan disertai seramai 27 orang peserta.

SKFT YAKIN BOLEH 5A!



Ahad, Mei 13, 2012

SELAMAT HARI IBU


Ibumu, ibumu, ibumu.....

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata, “Seorang lelaki pernah mendatangi Rasulullah, lalu dia berkata, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku perlakukan dengan baik?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya (lagi), ‘Kemudian siapa lagi?’ Lelaki itu menjawab, ‘Bapakmu.’” (HR. Bukhari dan Muslim)


SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU, EMAK, MAMA, UMMI, AMMA....