PROFIL SEKOLAH


SKFT 2015

Sekolah Kebangsaan Felda Tersat 2015 telah banyak mengalami perubahan samada dari segi fizikal dan prestasi sekolah.

Sehingga April 2015, jumlah murid SKFT adalah seramai 78 orang murid.  Tahap 1 terdiri dari 48 orang murid dan Tahap 2 pula adalah seramai 30 orang murid.  Jum;ah ini tidak termasuk murid Prasekolah seramai 14 orang .  Jumlah guru pula terdiri dari 19 orang iaitu 9 orang guru lelaki dan 10 orang guru perempuan.

Kumpulan Pekerja Sokongan pula terdiri dari 4 orang dan pekerja swasta sekolah seramai 4 orang.

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Felda Tersat (SKFT) ini ditubuhkan pada tahun 1987 dengan seramai enam orang guru. Lima guru lelaki dan seorang guru perempuan. Bilangan murid seramai 85 orang. 49 murid lelaki dan 36 murid perempuan. Terdapat dua buah bangunan kayu dan sebuah kantin yang dibina oleh pihak felda. Pada tahun 1989, sebuah bangunan baru dua tingkat telah dibina dan digunakan pada tahun 1990. Bangunan baru ini lengkap dengan bilik guru, perpustakaan, pejabat, pusat sumber dan lapan bilik darjah. Sebuah kantin baru juga telah dibina.Kelengkapan Padang permainan juga telah disiapkan. Pada tahun 1993, jumlah guru meningkat kepada 18 orang, 10 lelaki dan 8 perempuan. Bilangan murid juga telah bertambah kepada 321 orang, 173 lelaki dan 148 perempuan. Jumlah kelas yang ada ialah 10 kelas. Jumlah terus meningkat pada tahun 1994, iaitu seramai 20 orang yang terdiri daripada 10 lelaki dan 10 perempuan. Bilangan murid 350 orang, 179 lelaki dan 171 orang perempuan. Jumlah kelas menjadi 11 buah. Tahun 1 hingga 5 
masing-masing mempunyai 2 kelas, manakala tahun 6 pula 1 kelas.

VISI SEKOLAH

SEKOLAH UNGGUL PENJANA
GENERASI TERBILANG


MISI SEKOLAH

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU
MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI



Moto sekolah
:Berdisiplin Berpengetahuan Berkebolehan
Warna Biru:Perpaduan
Warna Merah:Keberanian dan semangat tinggi
Warna Putih:Bebas dari masalah disiplin dan berpegang teguh pada agama
Warna Pinang Masak:Warna rasmi Felda - SKFT terletak di sebuah Tanah Rancangan Felda
Berdiplin, Bepengetahuan, Berkebolehan:Moto Sekolah
Lambang Bulatan Kecil Yang Bercantum, Buku, Obor,dan Roda:Sentiasa berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kesukanan. Semangat tidak pernah luntur dengan usaha yang berterusan

 Lagu Sekolah



SKFT

Mendukung satu cita-cita

Majukan diri

Majukan bangsa

Inilah wawasan yang mulia


SKFT

Menuju kecemerlangan

Hormati guru

Hormati semua

Jadikan amalan

Yang Mulia

Berdisiplin,

Berpengetahuan,

Berkebolehan itulah amalan


SKFT

Mendukung satu cita-cita

Majukan diri

Majukan Bangsa

Inilah wawasan

Yang mulia