Khamis, Julai 19, 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1433

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bulan Rahmat, bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka datang lagi. Syukur kita tak terhingga kepada ALLAH SWT kerana masih memilih kita bertemu dengan bulan yang ditunggu dan dirindui bulan Ramadhan.

ramadan-mubarak-2.gif 

Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :
  • Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Tarawih, Tahajjud dan Witir.
  • Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal  waktu.
  • Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
  • Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al Quran dan azam   untuk khatam Al Quran.
  • Memperbanyakan iktikaf di Masjid atau surau.
  • Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
  • Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri majlis ilmu dimana sahaja diadakan.
  • Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
  • Mengurangkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
  • Banyakan sedekah.
  • Banyakan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
  • Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
  • Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran.
  • Dan jangan terlupa zakat fitra. 


Semoga Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka tahun ini akan menjadi madrasah realiti yang terbaik untuk kita muhasabah diri menjadi hambah ALLAH SWT yang lebih baik untuk persediaan alam kubur dan akhirat.

Kempen Kibar Jalur Gemilang

Assalamualaikum w.b.t

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan perayaan bulan kemerdekaan ke-55 bagi tahun 2012 telah diadakan pada 17 Julai bertempat di Dataran Maziah, Sk Felda Tersat. Kempen ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1  Sk Felda Tersat, En. Marzuki b Ibrahim. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti upacara menaikkan Jalur Gemilang, nyayian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Patriotik dan diikuti dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua kelas sebagai simbolik kepada pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang.





Perasmian  Kibar Jalur Gemilang 

Nyayian Lagu 









PROGRAM JALINAN KASIH

Assalamualaikum w.b.t

 Pada 16 Julai betempat di Dewan Gemilang SKFT satu Program Jalinan Kasih telah diadakan bagi murid-murid tahun Enam. Program ini  bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Program ini telah di hadiri oleh guru, ibu bapa dan penjaga murid. Antara agenda utama program ini di adakan adalah untuk memberi maklumat kepada ibu bapa dan penjaga mengenai prestasi akademik anak-anak melalui keputusan OTI 2 yang telah di jalankan baru-baru ini.

Sesi Pendaftaran ibu bapa



















Khamis, Julai 12, 2012

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2012

Assalamualaikum w.b.t

Pada 10 Julai 2012, Sekolah Kebangsaan Felda Tersat telah melaksanakan program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bertempat di Dataran Maziah Sk. Felda Tersat. Program ini telah disertai oleh seramai 160 orang peserta yang terdiri daripada kalangan guru, kakitangan sekolah, PIBG, murid dan warga Felda Tersat. Program ini melibatkan tiga aktiviti utama iaitu aktiviti senamrobik, pertandingan mewarna dan ceramah Syaaban. Sesi pendaftaran bermula seawal jam 7.00 pagi. 

  
Sesi pendaftaran Murid

Senamrobik bermula pada jam 8.00 pagi yang diketuai oleh En. Ar. Najili bin Daud wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu yang bertindak sebagai konstraktur. 


 
         Senamrobik bermula
 

  
      barisan guru dan kakitangan sekolah               Penyampaian cenderamata

Program diteruskan dengan acara Pertandingan Mewarna untuk kategori Pra dan Murid Tadika.  Pertandingan ini telah disertai oleh seramai 26 orang peserta dan bermula pada jam 9.30 pagi.  

Peserta pertandingan mewarna

Pertandingan bermula




lukisan terbaik

 Pemenang  pertama

Penyampaian hadiah kepada pemenang


Acara seterusnya di teruskan lagi dengan aktiviti ceramah yang bertajuk "Syaaban Menuju Ramadhan" yang disampaikan oleh Ustaz  Muhammad Faizal   b Md Zulkifli bertempat di Dewan Gemilang  Sk. Felda Tersat. Aktiviti ini bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari. Objektif utama aktiviti ini adalalah untuk mendedahkan murid dengan amalan-amalan sunat di bulan ramadhan dan mengelakkan murid-murid terikut dengan amalan keterlaluan  (Bid'ah) yang di amalkan oleh orang-orang melayu.

antara murid yang hadir

Penceramah