HAL EHWAL MURID



KURSUS MENINGKATKAN PERATUS KEHADIRAN DAN MENANGANI GEJALA DISIPLIN MURID SEKOLAH


TARIKH :  16 OGOS 2015 - 18 OGOS 2015
TEMPAT  :  HOTEL SRI MALAYSIA GENTING HIGHLAND



LAWATAN PENANDA ARAS KE SK TAMAN SETIA GOMBAK








INSTRUMEN PEMANTAUAN
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2015
















PROGRAM UNIT HAL EHWAL MURID BULAN JUN 2015

PROGRAM UNIT HAL EHWAL MURID BULAN MEI 2015


PROGRAM PELANCARAN HARI PPDa 2015

tarikh  : 7 April 2015
Masa  : 7.30 pagi
Dataran SKFT

PROGRAM UNIT HAL EHWAL MURID BULAN APRIL 2015




PENDAFTARAN SECARA ONLINE MURID TAHUN 1 2015


Semalam kami menulis berkaitan Apalikasi Pengurusan Data Murid (APDM) secara atas talian (online) melalui web http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia . Serentak dengan itu juga KPM akan melaksanakan Pendaftaran Murid Tahun 1 secara atas talian (online) melalui capaian web berkenaan melalui menu seperti yang ditunjukkan dalam print screen di bawah.  Web ini boleh diakses dengan Login Id : Kod Sekolah danKatalaluan : sekolah.


 Pengurusan Pendaftaran Tahun 1 secara atas talian sepertimana berikut:
  • KPM - Sektor Rendah
  • JPN - Sektor Sekolah, Unit Sekolah Rendah
  • PPD - Penyelia Pengurusan Murid / Penyelia Pengurusan Sekolah
  • Sekolah - GPK HEM / Pembantu Tadbir Sekolah
Proses Pendaftaran :
  1. Peringkat Sekolah
    • Pentadbir Sekolah (GPK HEM) mendaftar pengguna
    • Sekolah menerima borang pendaftaran secara manual
    • PT Sekolah Daftar Menggunakan Aplikasi Edaftar Tahun 1 
    • Web bagi menu Edaftar Tahun 1 akan dibuka mulai 20 Mac - 31 Mei 2012
    • GPK Hem membuat pengesahan dan menghantar secara online ke PPD pada Jun 2012
  2. Peringkat PPD
    • Terima pendaftaran
    • Proses penempatan
    • PPD akan memulangkan balik data penempatan kepada sekolah pada bulan Julai
  3. Peringkat Sekolah
    • Terima kelulusan Penempatan bulan Julai
    • Cetak Kelulusan Dan Edar pada ibu bapa pada bulan Julai
    • Menerima pengesahan daripada penjaga mulai 1 hingga 30 Ogos 2012 (tengok prosidur pengesahan di bawah)
    • Rumusan pengesahan penempatan hantar secara online kepada PPD
    • Proses rayuan bermula 1 hingga 30 September 2012 secara online oleh ibubapa/penjaga di sekolah yang telah diluluskan (prosidur rayuan lihat seperti di bawah)
    • Sekolah menghantar data rayuan secara online ke PPD
    • Data keputusan rayuan dihantar ke sekolah yang diluluskan  oleh PPD pada bulan 1 hingga 30 Oktober 2012
    • Sekolah yang diluluskan mengeluarkan surat penempatan kepada penjaga/ibubapa
  4. Peringkat JPN/KPM
    • Memantau secara atas talian
Pengesahan dan Rayuan:
  1. Menerima pengesahan
    • Membuat pengesahan
    • Membuat Tambahan Data
    •  Membuat peringatan 
  2. Rayuan
    • Terima rayuan
    • Menghantar pada PPD
    • Keputusan rayuan
    • Pengesahan rayuan 
Pengurusan Data Pendaftaran
  • Memastikan setiap pendaftaran didaftarkan dalam aplikasi (online)
  • Memastikan pengesahan dibuat
  • Pengemaskinian keperluan data dalam APDM
  • Menyelesaikan pada 15 Disember
  • Proses penempatan ke Tahun 1 mulai 26 Disember
  • Pengemaskinian akhir oleh Guru Kelas Minggu kedua tahun baru persekolahan
  • Pengesahan Data Murid Tahun 1 pada 15 Januari


JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 2015



KWAPM ATAS TALIAN 2015

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.

Adalah menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).

Pada tahun 2015 pihak sekolah dikehendaki mengemaskini maklumat penerima bantuan KWAPM secara atas talian.  Pengetua / Guru Besar tidak perlu didaftarkan ke dalam APB. Maklumat diambil terus daripada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) - Modul Pengurusan Guru (eOPERASI) .Manakala Guru KWAPM perlu didaftarkan ke dalam eOPERASI oleh Pengetua / Guru Besar.  Untuk mengekses aplikasi APB sila lawatihttp://sps.moe.gov.my/utama.php 
Menggunakan link  “Ke Pengurusan Bantuan” yang telah diwujudkan dalam Modul Pengurusan Murid


Peranan Guru KWAPM
> Kemaskini permohonan KWAPM melalui APB.
> Sahkan kewujudan murid eKASIH di sekolah melalui APB.
> Maklum kepada Guru Besar untuk semak dan  sahkan permohonan yang dikemaskini oleh Guru KWAPM.
> Semak dan cetak senarai murid yang diluluskan permohonan KWAPM/eKASIH/eDAMAK.

    Peranan Guru Besar 
    > Pantau kemaskini permohonan yang dibuat oleh Guru KWAPM.
    > Sokong/Peraku permohonan yang selesai dikemaskini oleh Guru KWAPM melalui APB.
    > Semak dan kemaskini maklumat akaun bank sekolah di dalam APB


      Muat Turun Manual Pengguna :
      >> KWAPM: Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna - Guru KWAPM)

      >> KWAPM: Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna - Pengetua dan Guru Besar)

      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan