Selasa, Januari 22, 2013

Majlis Penganugerahan Watikah Lantikan Pengawas 2013

Assalamualaikum w.b.t

Pada 20 Januari 2013 Majlis Penganugerahan Watikah Lantikan Pengawas Tahun 2013 telah diadakan bertempat di Dewan Gemilang, SKFT. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi ini telah dirasmikan oleh  Encik Wahi Muda selaku  Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Inspektor Ahmad Faidz Hamdan dari IPD Hulu Terengganu, Sarjan Mohd Sarif Salim, YDP PIBG, Para Ibubapa, Guru-guru dan Murid-murid SKFT. Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan kualiti kepimpinan pengawas melalui penetapan haluan dan bidang tugas disamping  untuk melatih dan membentuk sifat dedikasi, hormat menghormati dan menyintai tugas yang diamanahkan. 


  
 
   
  
  


Ucapan terima kasih kepada : 

 Ibu Pejabat  Polis Daerah  Hulu Terengganu

Pejabat  Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

 Ahli Jawatankuasa PIBG 

Semua Guru dan Kakitangan SKFT

 Ibu bapa/ penjaga  

Dan semua yang terlibat dalam menjayakan 

MAJLIS PENGANUGERAHAN WATIKAH LANTIKAN PENGAWAS TAHUN 2013