Khamis, Februari 28, 2013

Majlis Perpisahan GPK Pentadbiran

Tarikh    : 27 Feb 2013
Tempat  : Kantin Sk Felda Tersat
Masa     : 12.45 tengahari
Anjuran  : Kelab Guru dan PIBG

Assalamualaikum w.b.t

Warga SK Felda Tersat ingin mengucapkan tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada Cikgu Marzuki b Ibrahim selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang akan bertukar ke Sekolah Rendah Kebangsaan LKTP Bukit Bading. Satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan pertukaran beliau. Majlis telah dihadiri oleh Pengurus Felda Tersat (En. Zainal bin Jenoh), Pengerusi JKKK (En. Taib b Mamat), AJK PIBG, Guru KAFA, Guru-guru serta kakitangan SKFT. 

  
   
Ucapan Tuan Guru Besar
Ucapan GPK Pentadbiran
   
Cenderahati dari Kelab Guru
Cenderahati dari PIBG
   
Jamuan Makan
   

Sesungguhnya jasa dan bakti cikgu akan kekal menjadi ingatan kepada kami yang masih lagi berkhidmat di sekolah ini. Semoga terus cemerlang berkhidmat di sekolah baru. Akhir kata 'Selamat Maju Jaya' dan 'Jasamu DiKenang'. 

Sekian. 

Ahad, Februari 17, 2013

"1 Malaysia Membanteras Dadah"

Tarikh    : 17 Feb 2013
Tempat  : Dewan Gemilang SKFT
Masa     : 7.45 pagi

Assalamualaikum w.b.t


Bertemakan " 1 Malaysia Membanteras Dadah" Sk Felda Tersat telah melancarkan Sambutan Hari Anti Dadah peringkat sekolah 2013.  Pelancaran telah diadakan pada perhimpunan mingguan dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sk Felda Tersat En. Soffi b Othman. 


Semua murid berkumpul di Dewan Gemilang
 
Bacaan Perutusan dari PPD oleh Pn. Rohasidah bt Abdullah (PK HEM)

Bacaan Perutusan dari  KPM oleh En. Marzuki  b Ibrahim (PK Pentadbiran)
Perasmian Pelancaran Sambutan Hari Anti Dadah oleh En. Soffi b Othman (Guru Besar)

Bacaan Lafaz Ikrar Oleh Ketua Pengawas 



  

Khamis, Februari 07, 2013

Gotong Royong Perdana dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Felda Tersat

Tarikh    : 7 Feb 2013
Tempat  : Masjid Felda Tersat
Masa     : 10.00 pagi
Anjuran  : AJK Masjid Felda Tersat

Assalamualaikum w.b.t

 Majlis Gotong Royong membersihkan kawasan kubur telah dilaksanakan dengan kerjasama AJK Masjid Felda Tersat bersama  Warga Felda dan Guru-guru serta Semua Murid SKFT sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434H. 

 
 
 
 


"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"


Selasa, Februari 05, 2013

Kuiz Maulidur Rasul "Saya Sayang Rasulullah"

Tarikh   : 5 Februari 2013
Tempat : Dewan Gemilang SKFT
Masa    : 11.00 pagi- 12.30 tengahari

Assalamualaikum w.b.t

 
Sk Felda Tersat telah menganjur Kuiz "Saya Sayang Rasulullah" bersempena Maulidur Rasul 1434 Hijrah. Peserta dipilih mengikut kelab masing-masing yang mana setiap kelab diwakili oleh tiga orang peserta. Setiap peserta diberi masa selama 20 saat untuk menjawab setiap soalan. 

 
 
 

Selain peserta, murid-murid lain turut diberi peluang untuk menjawab soalan dan mendapat cenderahati untuk soalan yang dapat dijawab dengan betul.

 
  
Upacara penyampaian hadiah kepada peserta disampaikan oleh Tuan Guru Besar En. Soffi b Othman. 

 
 
 

Upacara berakhir dengan sesi bergambar 

  

Ahad, Februari 03, 2013

Pertandingan Mewarna Sempena Maulidur Rasul

Tarikh         : 31 Januari 2013
Tempat       : Kantin Sk Felda Tersat
Masa          : 9.00 pagi
Penyertaan : Semua murid Tahap 1