Khamis, Februari 28, 2013

Majlis Perpisahan GPK Pentadbiran

Tarikh    : 27 Feb 2013
Tempat  : Kantin Sk Felda Tersat
Masa     : 12.45 tengahari
Anjuran  : Kelab Guru dan PIBG

Assalamualaikum w.b.t

Warga SK Felda Tersat ingin mengucapkan tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada Cikgu Marzuki b Ibrahim selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang akan bertukar ke Sekolah Rendah Kebangsaan LKTP Bukit Bading. Satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan pertukaran beliau. Majlis telah dihadiri oleh Pengurus Felda Tersat (En. Zainal bin Jenoh), Pengerusi JKKK (En. Taib b Mamat), AJK PIBG, Guru KAFA, Guru-guru serta kakitangan SKFT. 

  
   
Ucapan Tuan Guru Besar
Ucapan GPK Pentadbiran
   
Cenderahati dari Kelab Guru
Cenderahati dari PIBG
   
Jamuan Makan
   

Sesungguhnya jasa dan bakti cikgu akan kekal menjadi ingatan kepada kami yang masih lagi berkhidmat di sekolah ini. Semoga terus cemerlang berkhidmat di sekolah baru. Akhir kata 'Selamat Maju Jaya' dan 'Jasamu DiKenang'. 

Sekian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan