Rabu, Mei 18, 2011

Majlis Perpisahan Cikgu Norzie Yanti binti Yatim (PRA Sekolah)

            Selamat bertugas di sekolah baru diucapkan kepada Cikgu Norzie yang telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Tok Randok. Jasamu sentiasa dalam kenangan. Selamat datang pula diucapkan kepada Cikgu Sailafida binti Alias yang ditugaskan ke sekolah ini. Sehubungan itu, satu majlis telah diadakan bersempena Sambutan Hari Guru bagi meraikan kedua-dua guru ini. Majlis tersebut diadakan seperti mana berikut:
                                                              Pada : 16 Mei 2011 (Isnin)
                                                       Tempat : Restoran CPN, Kuala Berang
                                                                  Jam : 1.00 Tengah hari.


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


Ahad, Mei 15, 2011

Latihan Kecemasan Kebakaran SKFT

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2011

      Menjelang 16 Mei setiap tahun, para pendidik akan diraikan dengan sambutan Hari Guru bagi mengenang jasa guru-guru yang tidak ternilai harganya. Biar apa pun panggilan anda, Guru, Cikgu, Ustaz, Ustazah, Sir, Teacher, Sifu, Sensei, Encik atau Puan (pensyarah), dan pelbagai lagi panggilan....anda semua adalah orang yang berjasa dalam membentuk masa depan Negara. Semoga Sambutan Hari Guru Tahun 2011 ini yang bertemakan "Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara" akan menyemarakkan lagi semangat guru-guru semua untuk berbakti. Terima kasih diucapkan buat cikgu semua.