Ahad, Mei 15, 2011

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2011

      Menjelang 16 Mei setiap tahun, para pendidik akan diraikan dengan sambutan Hari Guru bagi mengenang jasa guru-guru yang tidak ternilai harganya. Biar apa pun panggilan anda, Guru, Cikgu, Ustaz, Ustazah, Sir, Teacher, Sifu, Sensei, Encik atau Puan (pensyarah), dan pelbagai lagi panggilan....anda semua adalah orang yang berjasa dalam membentuk masa depan Negara. Semoga Sambutan Hari Guru Tahun 2011 ini yang bertemakan "Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara" akan menyemarakkan lagi semangat guru-guru semua untuk berbakti. Terima kasih diucapkan buat cikgu semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan