Khamis, November 03, 2011

Pertukaran Guru-Guru Penolong Kanan, SK Felda Tersat


Terima kasih Cikgu Kadir bin Kurdi (Bekas PK Pentadbiran) kerana telah menyumbangkan jasa cikgu di sekolah ini selama ini. Diharap cikgu sentiasa gembira dan sentiasa bertenaga dalam menyumbangkan bakti di Sekolah Kebangsaan Seri Buluh. Moga kita akan ditemukan lagi dilain kali. Insya Allah.




Seterusnya ucapan Tahniah kepada Cikgu Marzuki bin Ibrahim (Bekas PK Kokurikulum) kerana dilantik menjadi PK Pentadbiran dan meneruskan khidmat di SK Felda Tersat ini. Semoga dengan lantikan ini akan menambahkan lagi semangat cikgu untuk memajukan sekolah ini.



Dan ucapan Selamat Datang serta Tahniah buat PK Kokurikulum baru di SK Felda Tersat ini iaitu Cikgu Assenam bin Daud. Beliau sebelum ini mengajar di SK Matang. Semoga kedatangan cikgu menambahkan keceriaan sekolah ini. Insya Allah.

1 ulasan:

  1. tahniah bt PK Kokurikulum baru SK Felda Tersat.
    semoga dgn ilmu dan pengetahuan dpt cikgu mmupuk gaya hidup yg cergas & cerdas.
    alhamdullh.

    BalasPadam