Isnin, Disember 27, 2010

Majlis Solat Hajat

Majlis solat hajat telah diadakan pada 23 Desember 2010 Hari Khamis dan bertempat di Surau SK Felda Tersat. Majlis bermula sebaik sahaja selesai Solat Maghrib secara berjemaah. Majlis ini dihadiri oleh guru-guru SKFT, kakitangan sekolah dan ibubapa serta penduduk Kampung Felda Tersat.

Solat Hajat yang diadakan ini adalah memohon pertolongan daripada Allah s.w.t. supaya anak didik SKFT terutamanya murid-murid darjah enam nanti berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Isyaallah.

Akhir sekali pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa dan penduduk kampung yang sudi hadir ke majlis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan