Khamis, April 11, 2013

Kem Bestari Solat 2013

Tarikh    : 10 April 2013
Tempat  : Surau SKFT
Masa     : 12.30 tengahari


Assalamualaikum w.b.t.
          
Pada 10 April, SK Felda Tersat telah mengadakan Kem Bestari Solat untuk semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Kem Bestari Solat yang lebih berbentuk amali ini adalah bertujuan untuk menarik murid mengikuti dan memperlajari ibadah solat dan seterusnya diharapkan amalan solat menjadi sebati dalam diri pelajar.

 
  
 
  
 
 


Selasa, Mac 19, 2013

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 23

Tarikh    : 18 Mac 2013
Tempat  : Dewan Gemilang, SKFT
Masa     : 10.30 tengahari
Anjuran  : Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)


Assalamualaikum w.b.t
Ucapan GPK Pentadbiran (En. Suhaimi  bin  Shaari)
Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Rasol bin Wahid  
Ucapan  YDP PIBG (En. Md Sayuti bin Daud)
Penyampaian cenderahati (5A UPSR 2012)
Penyampaian cenderahati (5A UPSR 2012)
Membahas dan menerima usul
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Felda Tersat (SKFT) kali ke 23 telah diadakan dan mendapat sambutan yang mengalakkan dari pihak ibubapa dan penjaga. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Rasol bin Wahid (Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil) yang diraikan dengan persembahan silat oleh murid SKFT.


 
 
   
Sepanjang mesyuarat, tidak ketinggalan pembentangan usul-usul daripada ibu bapa yang mahukan jawapan jelas tentang perkara yang dibangkit daripada pihak sekolah dan AJK PIBG. 


Ucapan terima kasih kepada semua pihak dan 
individu yang terlibat secara langsung dan 
tidak langsung dalam menjayakan :
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 23

Khamis, Mac 07, 2013

Perlawanan Bola Baling Zon 3 2013

Tarikh    : 6 Mac 2013
Tempat  : SK Menerong
Masa     : 2 petang


  
 
 
 
 
 

Khamis, Februari 28, 2013

Majlis Perpisahan GPK Pentadbiran

Tarikh    : 27 Feb 2013
Tempat  : Kantin Sk Felda Tersat
Masa     : 12.45 tengahari
Anjuran  : Kelab Guru dan PIBG

Assalamualaikum w.b.t

Warga SK Felda Tersat ingin mengucapkan tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada Cikgu Marzuki b Ibrahim selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang akan bertukar ke Sekolah Rendah Kebangsaan LKTP Bukit Bading. Satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan pertukaran beliau. Majlis telah dihadiri oleh Pengurus Felda Tersat (En. Zainal bin Jenoh), Pengerusi JKKK (En. Taib b Mamat), AJK PIBG, Guru KAFA, Guru-guru serta kakitangan SKFT. 

  
   
Ucapan Tuan Guru Besar
Ucapan GPK Pentadbiran
   
Cenderahati dari Kelab Guru
Cenderahati dari PIBG
   
Jamuan Makan
   

Sesungguhnya jasa dan bakti cikgu akan kekal menjadi ingatan kepada kami yang masih lagi berkhidmat di sekolah ini. Semoga terus cemerlang berkhidmat di sekolah baru. Akhir kata 'Selamat Maju Jaya' dan 'Jasamu DiKenang'. 

Sekian. 

Ahad, Februari 17, 2013

"1 Malaysia Membanteras Dadah"

Tarikh    : 17 Feb 2013
Tempat  : Dewan Gemilang SKFT
Masa     : 7.45 pagi

Assalamualaikum w.b.t


Bertemakan " 1 Malaysia Membanteras Dadah" Sk Felda Tersat telah melancarkan Sambutan Hari Anti Dadah peringkat sekolah 2013.  Pelancaran telah diadakan pada perhimpunan mingguan dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sk Felda Tersat En. Soffi b Othman. 


Semua murid berkumpul di Dewan Gemilang
 
Bacaan Perutusan dari PPD oleh Pn. Rohasidah bt Abdullah (PK HEM)

Bacaan Perutusan dari  KPM oleh En. Marzuki  b Ibrahim (PK Pentadbiran)
Perasmian Pelancaran Sambutan Hari Anti Dadah oleh En. Soffi b Othman (Guru Besar)

Bacaan Lafaz Ikrar Oleh Ketua Pengawas