Khamis, November 03, 2011
Pertukaran Guru-Guru Penolong Kanan, SK Felda Tersat
Terima kasih Cikgu Kadir bin Kurdi (Bekas PK Pentadbiran) kerana telah menyumbangkan jasa cikgu di sekolah ini selama ini. Diharap cikgu sentiasa gembira dan sentiasa bertenaga dalam menyumbangkan bakti di Sekolah Kebangsaan Seri Buluh. Moga kita akan ditemukan lagi dilain kali. Insya Allah.
Seterusnya ucapan Tahniah kepada Cikgu Marzuki bin Ibrahim (Bekas PK Kokurikulum) kerana dilantik menjadi PK Pentadbiran dan meneruskan khidmat di SK Felda Tersat ini. Semoga dengan lantikan ini akan menambahkan lagi semangat cikgu untuk memajukan sekolah ini.
Dan ucapan Selamat Datang serta Tahniah buat PK Kokurikulum baru di SK Felda Tersat ini iaitu Cikgu Assenam bin Daud. Beliau sebelum ini mengajar di SK Matang. Semoga kedatangan cikgu menambahkan keceriaan sekolah ini. Insya Allah.
Isnin, Oktober 03, 2011
Sabtu, Oktober 01, 2011
Berakhirnya Perkhemahan Badan Beruniform SKFT Kali ke-11/2011
Hari ini 01 Oktober 2011 (Sabtu) berakhirlah Perkhemahan Badan Beruniform SKFT Kali ke-11/2011. Perkhemahan ini bermula pada 29 September 2011, dan bertempat di Padang Sekolah SKFT. Perkhemahan ini disertai oleh 72 orang murid. Terdapat 3 Uint Beruniform iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap, dan Puteri Islam. Perasmian penutup oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Sepanjang tempoh perkhemahan ini pelbagai aksi menarik yang dapat disaksikan. Pada perkhemahan ini, para pelajar dikehendaki memasak sendiri makanan mereka, mengikut unit masing-masing. Oleh itu, saksikanlah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang tempoh tersebut :
Sabtu, September 17, 2011
Doakan Kejayaan Murid-murid Tahun 6 Mendapat 5A
Kami Warga SKFT mendoakan agar semua pelajar Tahun 6 berjaya memperolehi 5A terutamanya murid-murid SKFT sendiri. Yakin boleh!!!
Ahad, September 04, 2011
Sabtu, Ogos 06, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)





