Isnin, Januari 13, 2014

Majlis Penganugerahan Watikah Lantikan Pengawas

Tarikh    : 12 Januari 2014
 Masa    : 8.00 pagi
Tempat  : Dewan Gemilang, SKFT

Assalamualaikum w.b.t

Pada 12 Januari 2014 bertempat di Dewan Gemilang, Sk Felda Tersat telah berlangsung Majlis Penganugerahan Watikah Lantikan Pengawas Tahun 2014. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi. 

Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk melahirkan  murid yang  bertanggungjawab  dan mampu menyempurnakan tugasan dengan baik disamping melatih dan membentuk sifat dedikasi, hormat menghormati dan mendedahkan murid dengan  corak kepimpinan dalam masyarakat.


 
Pihak sekolah merakamkan  ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan