Isnin, November 18, 2013

KEM SUKAN



Tarikh    : 24 September 2013
Masa      : 2.00 petang
Tempat  : Sk Felda Tersat

Pada hari pertama, kem bermula selepas selesai sesi persekolahan. Semua peserta diberi taklimat tentang pengurusan jadual pertandingan dan jadual pengurusan mata terkumpul dalam setiap permainan.Seterusnya, mereka diagihkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk membina jadual pertandingan dalam kertas manila kad.


Slot seterusnya ialah pengenalan kepada Olympic Values Education  Programme (OVEP). Guru menayangkan slaid dan memberi penerangan ringkas tentang simbol sukan olimpik, motto, dan negara yang telah menjadi penganjur sukan Olimpik. Akhir sekali murid diminta membina logo ,motto dan mascot seandainya Malaysia menjadi penganjur sukan Olimpik tahun 2020.
Slot terakhir lebih menarik minta murid iaitu pengenalan kepada modifield game.Sebelum diberi peluang bermain murid diberi taklimat tentang jenis-jenis dan cara modifeld game dilaksana.
                                                                                                                                 


Majlis penutupan ringkas diadakan dengan penyampaian sijil kepada peserta.    


Tiada ulasan:

Catat Ulasan