Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayatal-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayatal-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,marilah kita mendekatkan diri dengan Al-Quran dan memperbanyakan bacaan kerana pahala membaca Al-Quran dilipat gandakan. Sesungguhnya peluang ini hanya tiba dalam setahun sahaja. Gunakanlah peluang yang diberikan oleh Allah untuk beramal bersungguh-sungguh di bulan yang penuh barakah ini. Semoga kita mati dalam keadaan beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan