Isnin, November 15, 2010

Majlis Khatam Al-Quran 2010




Pertandingan Busana oleh murid-murid Tahun 6





Jamuan Akhir Tahun SKFT 2010


Majlis Jamuan Akhir Tahun SK Felda Tersat telah diadakan di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu, pada 6 November 2010 (Sabtu), jam 3 petang.

Majlis ini dihadiri oleh para guru dan kakitangan SK Felda Tersat serta keluarga masing-masing.

Khamis, Oktober 07, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKFT






Pada : 28 September 2010 / 19 Syawal 1431 (Selasa)
Tempat : Dewan Gemilang, SK Felda Tersat

SKFT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan Majlis Hari Raya tersebut.

Ahad, September 05, 2010

Ramadhan dan Syawal silih berganti


Sempena Hari Raya Aidlfitri yang bakal menjelma, terimalah pantun ini untuk tatapan semua:

Ramadhan mulia meninggalkan kita,

Syawal pula datang menjelma,

Silap dan salah ampun dipinta,

Kami SKFT ucapkan Selamat Hari Raya.

** Kepada semua muslimin dan muslimat, gunakanlah Ramadhan yang berbaki ini untuk menambahkan lagi ibadat kita kepada Allah. Sesungguhnya kita belum pasti samada kita masih berkesempatan untuk menikmati Ramadhan akan datang atau tidak. Semoga kita semua menjadi insan yang bertakwa. Insyaallah. Amiin. Sekali lagi kami warga SKFT memohon berjuta kemaafan andainya terdapat silap dan salah selama ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun 1431H. Sekian, terima kasih. **

Ahad, Ogos 29, 2010

Program Ihya' Ramadhan 1431







Panitia Pendidikan Islam sekali lagi diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program Ihya' Ramadhan pada tahun ini. Antara program Ihya' Ramadhan yang telah dirancang ialah Tazkirah pada waktu rehat dan edaran buletin ramadhan setiap hari kepada pelajar dan guru.

Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang baik terutama oleh pihak pentadbiran sekolah. Semoga program ini memberi manfaat yang berguna kepada semua. InsyaAllah.