Satu pertandingan melibatkan pelajar tahap dua berdasarkan rumah sukan untuk mencipta Power Point bertajuk Isra' dan Mi'raj. Pertandingan ini diadakan pada hari Selasa 13 Julai 2010.
Sambutan hari guru telah diadakan di Dewan Gemilang, SK Felda Tersat bagi meraikan para guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga bagi mendidik anak bangsa khususnya anak-anak warga Felda Tersat ini. Sambutan tahun ini bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa". Turut diadakan sukaneka sebagai menambahkan keceriaan sambutan Hari Guru ini. Pada majlis ini,ada murid-murid yang memberikan hadiah kepada para guru sebagai tanda terima kasih mereka. "Terima kasih cikgu!".
Gotong-royong ini diadakan pada 15 Mei 2010. Gotong-royong ini melibatkan guru-guru, para murid tahap dua dan wakil-wakil PIBG. Gotong-royong ini bertujuan membersihkan dan memperindahkan kawasan sekolah.
Diadakan pada 24 April 2010 Hari Sabtu. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Y.B. Tuan Haji Rosol Bin Wahid, ADUN Ajil, Hulu Terengganu. Beliau telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM2000.00 untuk PIBG SK Felda Tersat. Pihak sekolah dan PIBG sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan tersebut.Sesungguhnya ia dapat membantu PIBG dalam mengadakan program untuk kebaikan pelajar dan sekolah.
Khamis, April 22, 2010
Perkhemahan Badan-Badan Beruniform SK Felda Tersat Pada 15~17 April 2010