Rabu, Januari 22, 2014

"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

Tarikh    : 19 Januari 2014
 Masa    : 8.00 pagi
Tempat  : SK Felda Tersat ke Masjid Felda Tersat
Anjuran : FELDA / JKKR / SKFT

Assalamualaikum w.b.t

Sambutan Maulidur Rasul  telah diadakan pada 19 Januari bertempat di SK Felda Tersat. Majlis ini  merupakan anjuran bersama  antara  pihak sekolah, FELDA dan JKKR. Sambutan Maulidur Rasul merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Felda Tersat yang bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar islam. Majlis yang bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" ini dimulakan dengan perarakan  mengelilingi kawasan Felda sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.




Antara ibu bapa yang hadir



Warga Felda

Guru SKFT

Perkarangan Masjid Felda Tersat




Ceramah Maulidur Rasul

Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari.




Isnin, Januari 13, 2014

Majlis Penganugerahan Watikah Lantikan Pengawas

Tarikh    : 12 Januari 2014
 Masa    : 8.00 pagi
Tempat  : Dewan Gemilang, SKFT

Assalamualaikum w.b.t

Pada 12 Januari 2014 bertempat di Dewan Gemilang, Sk Felda Tersat telah berlangsung Majlis Penganugerahan Watikah Lantikan Pengawas Tahun 2014. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi. 

Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk melahirkan  murid yang  bertanggungjawab  dan mampu menyempurnakan tugasan dengan baik disamping melatih dan membentuk sifat dedikasi, hormat menghormati dan mendedahkan murid dengan  corak kepimpinan dalam masyarakat.


 
Pihak sekolah merakamkan  ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.