Isnin, April 30, 2012

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2012


Assalamualaikum w.b.t.
Pada 1 haribulan Mei setiap, kita akan menyambut satu hari yang meraikan para pekerja yang diberi nama Hari Pekerja. Semoga sambutan Hari Pekerja pada tahun ini akan menambahkan lagi motivasi kita untuk meningkatkan produktiviti. Sesuai dengan tema Hari Pekerja tahun ini, "Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi", marilah kita sama-sama menambah nilai setiap cara kerja kita agar lebih bermutu.

Selamat Hari Pekerja daripada Warga SKFT kepada semua pekerja.

Assalamualaikum....

KEM BESTARI SOLAT 2012

Assalamualaikum w.b.t.
              Pada 29 April iaitu Hari Ahad, pihak SKFT telah mengadakan Kem Bestari Solat untuk semua murid-murid SKFT daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. Kem Bestari Solat ini menitikberatkan perihal cara-cara mendirikan solat dengan sempurna. Antara perkara-perkara yang diberi penekanan termasuklah cara-cara mengambil Wudu' dengan betul, Lafaz niat bagi setiap solat, Bacaan-bacaan dalam solat serta pergerakkan-pergerakkan dalam solat. Kem bestari solat ini dipimpin oleh beberapa orang ustaz dan ustazah termasuk juga usatazah-ustazah kelas KAFA. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat. Tidak dilupakan juga segunung terima kasih buat EIO SKFT kerana sudi mengambil gambar semasa kem ini berlangsung.

Isnin, April 23, 2012

Majlis Penyerahan Duit Bantuan RM100

Diadakan pada 18 April 2012 hari Rabu, bertempat di Dewan Gemilang, SK Felda Tersat. Bantuan RM100 ini diserahkan oleh Guru Besar, Cikgu Soffi bin Othman kepada ibubapa murid-murid Tahun satu.





Selasa, April 17, 2012

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Berlangsung di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,pada 12 April 2012
Dirasmikan oleh YBM Dato' Tengku Putera bin Tengku Awang.
Tahniah kepada penerima khususnya :-



 En. Marzuki bin Ibrahim dan Pn. Junaidah bt Mohamed@Abd Rashid.
(dalam bulatan merah)


Ahad, April 08, 2012

BOLA SEPAK ZON 3

Perlawanan ini diadakan pada 3 April dan 4 April 2012 di Padang Belia Bukit Bading. SK LKTP Bukit Bading adalah tuan rumah untuk perlawanan ini. Sekolah yang menjadi Johan adalah SK Bukit Diman, Naib Johan adalah SK Menerong, Tempat ke-3 adalah SK Felda Tersat dan Tempat ke-4 adalah SK LKTP Bukit Bading. Semangat juang para pemain amat membanggakan.




Sabtu, April 07, 2012

Pertandingan Nasyid Peringkat Zon KDSR 3

Pertandingan ini berlansung pada 2 April 2012 di SK Felda Jerangau Barat. Tahniah kepada penasyid-penasyid daripada SK Felda Tersat, kerana telah mendapat tempat Naib Johan dalam pertandingan kali ini. Ini membuktikan SKFT memang TERBAIK!!! Semoga program seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan murid-murid, bahkan dapat meningkatkan penghayatan dalam Islam. Wallahua'lam.














Perlawanan Bola Jaring Peringkat Zon KDSR 3








Perlawanan ini berlangsung pada 1 April 2012 (Ahad), 2 April 2012(Isnin) dan 5 April 2012(Khamis). SKFT amat bertuah dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan ini yang mana diadakan di Padang Sekolah, SK Felda Tersat. Perlawanan ini sedikit tersasar daripada perancangan awal iaitu untuk ditamatkan dalam masa dua hari, Ahad dan Isnin kerana masalah cuaca yang hujan terlampau lebat. Oleh itu, ia terpaksa ditangguhkan ke hari Khamis, bagi memberi laluan kepada perlawanan bola sepak yang berlangsung pada hari Selasa dan Rabu. Walaupun begitu, perlawanan ini tetap menarik hingga ke saat-saat akhir dengan menyaksikan persaingan sengit antara pasukan-pasukan sekolah yang mengambil bahagian. Medal serta sijil telah disampaikan oleh Guru Besar SK Felda Tersat, En. Soffi bin Othman kepada pemenang-pemenang. Empat sekolah yang telah memasuki ke pusingan semi final, seterusnya ke final mengikut kedudukan adalah:

  • Tempat ke-4 : SK  Lubuk Periok 
  • Tempat ke-3 : SK  LKTP Bukit Bading
  • Tempat ke-2 : SK Felda Tersat 
  • Johan             : SK Bukit Diman