Isnin, Disember 27, 2010

Mesyuarat Pengurusan Sekolah dan Selamat Datang

Pada: 27 Desember
Tempat: Bilik Akses, SKFT
Jam: 8.30 pagi.
Terlibat : Barisan pentadbir, guru-guru, dan kakitangan sekolah

Mesyuarat ini membincangkan berkenaan pelantikan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu berpandukan empat bahgian iaitu Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid, dan Kokurikulum.

Disamping itu, selamat datang diucapkan kepada Guru Besar baru iaitu Encik Abdullah bin Endut. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Wakaf Tapai Sebelum ini. Seterusnya seorang lagi guru baru iaitu Ustazah Rahmah binti Abdul Wahab, yang sebelumnya berkhidmat di SK Kuala Berang. Tidak dilupakan, tahniah Cikgu Kadir bin Kurdi kerana telah dilantik sebagai PK Pentdbiran yang baru.

Di sini juga, pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertukar dari sekolah ini. Mereka adalah, Guru Besar: Encik Ahmad Shukri bin Ghaza (SK Wakaf Tapai, Marang), GPK Pentadbiran: Encik Mohd Asri bin Ab Rahman (SK Paya Resak, Marang), dan Ustaz Faizo bin Mat (SK Dusun, Hulu Terengganu). Terima Kasih semua, jasamu tetap dikenang. Semoga berjumpa lagi.

Majlis Solat Hajat

Majlis solat hajat telah diadakan pada 23 Desember 2010 Hari Khamis dan bertempat di Surau SK Felda Tersat. Majlis bermula sebaik sahaja selesai Solat Maghrib secara berjemaah. Majlis ini dihadiri oleh guru-guru SKFT, kakitangan sekolah dan ibubapa serta penduduk Kampung Felda Tersat.

Solat Hajat yang diadakan ini adalah memohon pertolongan daripada Allah s.w.t. supaya anak didik SKFT terutamanya murid-murid darjah enam nanti berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Isyaallah.

Akhir sekali pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa dan penduduk kampung yang sudi hadir ke majlis ini.

Khamis, Disember 23, 2010

Ucapan Takziah

Pada hari Isnin 20 Dis 2010 seorang sahabat telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.


Beliau ialah Cikgu Mohd Hatta B Mat Beni...GPK Hem SK Ajil. Jasamu tetap dikenang dan takziah diucapkan kepada keluarga dan rakan-rakin karib beliau. Setiap yang bernyawa pasti akan mati, jadi banyak-banyaklah bersabar.


Semoga ada sinar bahagia yang dijanjikanNya menanti di hadapan.


Al Fatihah...

Ahad, Disember 12, 2010

SaLaM MaAl HiJrAh TaHuN 1432H


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah yang ke 1432. Semoga segala amalan baik kita yang lepas diterima Allah dan amalan yang buruk diampuni Allah. Begitu juga tahun ini moga-moga kita dilimpahi rahmat Allah. Amiiin...

Ingatan tulus ikhlas dari SKFT dan Pak Abu sekeluarga.