Ahad, September 05, 2010

Ramadhan dan Syawal silih berganti


Sempena Hari Raya Aidlfitri yang bakal menjelma, terimalah pantun ini untuk tatapan semua:

Ramadhan mulia meninggalkan kita,

Syawal pula datang menjelma,

Silap dan salah ampun dipinta,

Kami SKFT ucapkan Selamat Hari Raya.

** Kepada semua muslimin dan muslimat, gunakanlah Ramadhan yang berbaki ini untuk menambahkan lagi ibadat kita kepada Allah. Sesungguhnya kita belum pasti samada kita masih berkesempatan untuk menikmati Ramadhan akan datang atau tidak. Semoga kita semua menjadi insan yang bertakwa. Insyaallah. Amiin. Sekali lagi kami warga SKFT memohon berjuta kemaafan andainya terdapat silap dan salah selama ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun 1431H. Sekian, terima kasih. **