Ahad, Ogos 29, 2010

Program Ihya' Ramadhan 1431







Panitia Pendidikan Islam sekali lagi diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program Ihya' Ramadhan pada tahun ini. Antara program Ihya' Ramadhan yang telah dirancang ialah Tazkirah pada waktu rehat dan edaran buletin ramadhan setiap hari kepada pelajar dan guru.

Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang baik terutama oleh pihak pentadbiran sekolah. Semoga program ini memberi manfaat yang berguna kepada semua. InsyaAllah.

Ahad, Ogos 22, 2010

Sekalung Tahniah

Warga SK Felda Tersat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan adik Nurul Sharwana Bt Suliman yang telah mendapat 5A dalam peperiksaan Percubaan UPSR baru-baru ini. Semoga kejayaan ini menjadi motivasi buat adik-adik Tahun 6 untuk mendapatkan 5A dalam Peperiksaan UPSR yang sebenar nanti. Kami berdoa agar adik Sharwana akan meneruskan kecemerlangan ini pada Peperiksaan UPSR yang bakal menyusul. Amin!

Kata-kata semangat sempena UPSR


























Buat adik-adik yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR, semoga berjaya mendapat keputusan cemerlang. 5 A buruan kita!

Majlis Solat Hajat dan Motivasi Bersama Ibubapa












SK Felda Tersat telah mengadakan satu Majlis Solat Hajat dan Ceramah Motivasi bersama ibubapa murid-murid Tahap 2 pada 5 Ogos 2010. Majlis ini bermula setelah masuknya waktu Maghrib dengan didahului dengan Solat Maghrib secara berjemaah. Setelah itu, Solat Sunat Hajat secara berjemaah diadakan disusuli dengan ceramah motivasi.

Ahad, Ogos 15, 2010

Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

** Petikan daripada sumber : http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html

Isnin, Ogos 02, 2010

Sambutan Isra' Mikraj









SK Felda Tersat telah mengadakan satu Ceramah Isra' Mi'raj pada 22 Julai 2010 (Khamis) disampaikan oleh Ustaz Ahmad Aznan Bin Abdullah (Guru Pelawat Pejabat Agama Daerah, Daerah Hulu Terengganu) bertempat di Dewan Gemilang SKFT pada pukul 10.45 pagi. Turut hadir ibu bapa pelajar.